11street

@Elsa Novels |

Ahad, 16 April 2017

Kami di 11street


Klik SINI untuk pembayaran secara pemindahan tunai ataupun kad kredit.

Selasa, 31 Januari 2017

Pencuri Hati Tuan Diktator~Sera Elya

Tajuk: Pencuri Hati Tuan Diktator
Penulis: Sera Elya
Harga termasuk pos: RM38.00 (Semenanjung)/RM42.00 (Sabah & Sarawak)
Penerbit: Penerbitan Pena Magis
Imprint: EnigMagis Press
ISBN: 9789671305034

Sinopsis:

Hidup Kirana Ayu tak ubah seperti Cinderela. Dipinang dan dikahwinkan dengan Zayyan Sharafi seawal usianya 16 tahun. Namun kehadirannya dalam hidup lelaki itu bukanlah seperti hikayat putera dan puteri raja. Ayu dijadikan kuli hamba dan dilayan seperti pengemis.

Semuanya berubah apabila Zayyan ‘lepaskan’ Ayu. Dengan berbekalkan wasiat Tok Ayah, Ayu menyambung pelajaran. Sekembalinya ke tanah air, Ayu bertemu Haiqal, gay hot yang mengubah imejnya yang polos dan naif menjadi gadis yang seksi, menarik dan berkeyakinan tinggi.

Takdir Ayu dan Zayyan bertingkah. Lelaki itu mengaku dia masih lagi suami Ayu. Dan tika itu Haiqal berubah laku menjadi lelaki straight.

Haruskah Ayu kembali taat kepada Zayyan dan menelan semua kepahitan yang pernah dilaluinya? Ataupun haruskah Ayu memilih Haiqal yang berubah demi dia?

Selasa, 15 November 2016

Kau Kekasih Gelapku RESET~Que Sera Sera

Tajuk: Kau Kekasih Gelapku RESET (SPECIAL EDITION)
Penulis: Que Sera Sera
Harga termasuk pos: RM37.00 (Semenanjung)/RM341.00 (Sabah & Sarawak)
Penerbit: Melarik Enigma Publications
Imprint: EnigMagis Press
ISBN 978-967-13972-3-7
Stok: masih ada. TERHAD

Sejarah bakal berubah. Semua yang sudah berlaku akan di-RESET.

Rihanna tak akan bersama Darius.
Ayuna tak akan bertemu Damien.
Siluman tak akan terpisah dua.
Klymore tak akan bertuan.

Namun apabila semua yang diimpikan olehnya tercapai, dia harus membuat pilihan. Adakah dia sanggup mengubah kembali sejarah yang telah diubah demi menyelamatkan masa depan?

Mini Novel Myrna~Que Sera Sera

Tajuk: Myrna (mini novel) SPECIAL EDITION
Penulis: Que Sera Sera
Harga termasuk pos: RM22.00 (Semenanjung)/RM26.00 (Sabah & Sarawak)
Penerbit: Melarik Enigma Publications
Imprint: EnigMagis Press
ISBN 978-967-13972-1-3
Stok: TERHAD


Demi cintakan kehidupannya sebagai manusia biasa, Myrna tegar memutuskan hubungannya dengan Ryuu. Namun dia terpaksa kembali menghunus pedang Klymore apabila musuh utamanya, Daemon bernama Darius muncul dan kembali menghuru-harakan dunia. Berjayakah dia menewaskan Darius sekali lagi? Dan adakah dia tegar mahu meninggalkan Ryuu buat kali kedua?

Ahad, 21 Februari 2016

Aye, Aye Tuan Presiden! ~ Que Sera Sera

Tajuk: Aye, Aye Tuan Presiden!
Penulis: Que Sera Sera
Harga termasuk pos: RM32.00 (Semenanjung)/RM39.00 (Sabah & Sarawak)
Penerbit: Melarik Enigma Publications
Imprint: EnigMagis Press
ISBN 978-967-13972-0-6

“Tugas you cari maklumat siapa dalang di sebalik ROM...Lepas you dapat maklumat tu, tugas seterusnya ialah infiltrate ke dalam ROM. Gunakan apa jua cara supaya presiden percaya pada you...”

Itu misi aku yang diarahkan oleh GOT. Target aku ialah Tuan Imran. Tapi aku....

"Ohh...maaf, tuan!" Aku pura-pura terlanggar Tuan Presiden dan konon-konon jatuh ke dalam pelukannya.

"Oh my...Jia. Awak dah salah orang." Senyuman nakal tu tikam mata aku.

Oh my! Mampos! Najmi! Apa partner-in-crime aku yang bisa buat rusuk kiri kanan aku bergetar buat kat sini? Makin bergetar rusuk bila badan aku dalam dakapan dia macam gaya penari tango. This is not good. He's not my target!

Antara Tuan Imran dengan Najmi, siapakah yang Jia pilih? Antara GOT dengan ROM, di manakah kesetiaan Jia yang sebenar?  Ejen 714 a.k.a Jia punya misi yang lebih besar daripada apa yang dia sangka dan jangka. Berjayakah Jia melaksanakan misinya?

Rabu, 30 September 2015

Sweet Vendetta ~ Sera Elya

Tajuk: Sweet Vendetta
Penulis: Sera Elya 
Penerbit: Penerbitan Pena Magis
ISBN: 978-967-13050-2-7
Genre: Cinta
Harga: RM26.00 (Semenanjung)/RM29.00 (Sabah & Sarawak)

Sebuah persahabatan....

"Hi...Abby Qistina." Gadis bertocang dua macam Usagi Sailormoon tu hulur tangan kat pelajar yang  nampak macam Ichigo Kurosaki.

"Qisya Qistina." Muka Qisya nampak terkejut sambil sambut tangan Abby. Bun head? What the heck!

Satu dendam....

“Kahwin tu macam seronok. I nak cuba...best  ke tak. Kalau tak best, kita cerai, okey?” ~ Raess Haider

“You ni gila, tau tak? Harap muka aje hensem. Tapi psiko.” ~ Qisya Qistina

Takdir mereka....

 “Abang jangan buat lawak la...Arranged marriage won’t happen to me!” ~ Lorna Humayra

“Awak kata awak ni thrill seeker. Abang rasa tak ada yang lebih thrill  lagi melainkan kahwin tanpa cinta atau tanpa kenal bakal orang  yang dikahwini. Pasti thrill.” ~ Redza Adzhar Azlan

Cinta yang saling bertautan....

 “We can fix each other...Rumah tangga ni macam dacing. Kena seimbang. I salah, you tegur. You salah, I tegur. Kita tak sempurna, Redz. Kita  saling melengkapi!” ~ Qisya Qistina

“I sendiri tak betul, Ina. Bagaimana I nak betulkan you...betulkan Humayra?”  ~ Redza Adzhar Azlan
“I dah tak nak test lagi, Qish. I nak buat betul-betul. This time around I am serious. I want to marry you...”  ~ Raess Haider

Sebuah VENDETTA menemukan takdir mereka, membuatkan hati mereka JUMP dan akhirnya bersimpul dalam satu ULTIMATUM.



Mini Novel Cinta Usah Pergi~Sera Elya

Tajuk: Cinta Usah Pergi 
Penulis: Sera Elya 
Penerbit: Penerbitan Pena Magis 
Genre: Cinta 
Harga: RM10.00 (Semenanjung)/RM13.00 (Sabah & Sarawak)

Kerana kekhilafan silam, dia mendendami Raisya. Lantas Emery menjadikan perkahwinan sebagai penjara untuk menghukum perasaan Raisya.

Akur dengan kehendak keluarganya, Raisya terpaksa menerima Emery. Dia hanya mahukan perhatian dan kasih sayang. Namun jiwanya terseksa bila terpaksa berhadapan dengan lelaki berhati batu seperti Emery.

Berjayakah Emery melunaskan dendam dan berupayakah Raisya melembut jiwa sekeras batu milik Emery?